1. Bagaimana caranya isteri hendak tegur dalam solat?
2. Ukuran air dua kolah: Liter ?
2. Ukuran air dua kolah: Liter ?
Soalan satu:
Apabila
bersolat berjemaah dengan isteri di rumah, dan terlupa satu
rukun, bagaimana caranya isteri hendak tegur dalam solat?
rukun, bagaimana caranya isteri hendak tegur dalam solat?
Jawapan
Dari nukilkan dari kitab Mathla'in Nurain, karya al-Haj Zakaria bin al-Haj Ahmad Wan Besar, vol 1, hal. 110 - 111:
"(Faslun)
perkara-perkara yang menyalahi lelaki dan perempuan di dalam sembahyang:
Bermula perkara-perkara yang menyalahi lelaki dan perempuan di dalam sembahyang adalah seperti berikut: Bagi orang lelaki:"
Bermula perkara-perkara yang menyalahi lelaki dan perempuan di dalam sembahyang adalah seperti berikut: Bagi orang lelaki:"
"....5.
Mengenai atau ternampak sesuatu di dalam sembahyang hendaklah membaca
Subhanallah. Samada sesuatu itu harus seperti orang minta izin masuk rumah,
atau sunat seperti menegur imam yang lupa satu perkara...."
Seterusnya
beliau berkata untuk perempuan pula:
".... 5.
Jika mengenai atau berlaku sesuatu perkara di dalam sembahyang hendaklah ia
tepuk tapak tangannya yang kanan atas belakang tapak tangannya yang
kiri...."
Perkataan di
atas bermaksud, perbezaan antara lelaki dan perempuan di dalam sembahyang.
Antaranya ialah cara menegur imam yang terlupa dsb. Jika:
a. Lelaki: Mengucapkan Subhanallah
b. Perempuan: Menepuk tapak tangan kanan atas belakang tapak tangan kirinya.
a. Lelaki: Mengucapkan Subhanallah
b. Perempuan: Menepuk tapak tangan kanan atas belakang tapak tangan kirinya.
Jika perempuan
itu melakukan perkara itu sekalipun sedikit, kerana saja-saja nak main, batal
sembahyangnya. Itupun kalau dia tahu tentang haramnya berbuat demikian.
Wallahu a'lam.
Rujukan:
Mathla'in Nurain, karya al-Haj Zakaria bin al-Ahj Ahmad Wan Besar, vol 1 (kitab jawi)
Mathla'in Nurain, karya al-Haj Zakaria bin al-Ahj Ahmad Wan Besar, vol 1 (kitab jawi)
Soalan kedua:
Boleh jelaskan tentang kedudukan air dalam bekas 2 kolah. Kalau
ditukar kepada ukuran liter berapakah jumlah sebenarnya?
Boleh jelaskan tentang kedudukan air dalam bekas 2 kolah. Kalau
ditukar kepada ukuran liter berapakah jumlah sebenarnya?
Alhamdulillah
inilah jawapannya:
Air dua kolah
bersamaan 216 liter atau 7.67 kaki padu.
Wallahu
a'lam.
No comments:
Post a Comment