Apakah Hukum Sembahyang atas Kapal Terbang jika dalam keadaan Air yg tidak mencukupi dan tiada ruang solat yg disediakan..?
Soalan
Saya didalam kapal terbang Malaysia Airlines dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Makkah baru-baru ini, penerbangan hanya memakan masa 8 jam sahaja , sampai masuk waktu maghrib saya mengambil wudhuk dengan hanya air sebotol (tiada air yg disediakan ). Air tersebut hanya cukup untuk merata angota wudhuk sekali sahaja.Saya sembahyang diruang tengah dan tidak mampu untuk mengubah kearah yang saya rasa disebelah itu-lah kiblat disebabkan kesempitan, Ini kerana Malaysia Airlines tidak menyediakan kemudahan Ruang Solat.
Persoalannya : Apakah sah wudhuk dan
sembahyang yang saya lakukan?
Am’mar Yusoff
Penang
JAWAPAN
JAWAPAN
Terima Kasih Am’mar kerana melayari
laman web kami.Alhamdullah jawapannya adalah begini :
Jumhur ulama’ bersependapat jumlah
air sebotol itu mencukupi untuk berwudhu'; tambahan pula dalam perjalanan
seseorang boleh menyapu stokin atau khuf (jika telah berwudhu sebelum memulakan
perjalanan); maka penggunaan amatlah minima semasa musafir. Sukatan air satu
sa' dan satu mud dalam feqah berbeza mengikut madzhab dan Imam-imam (Ulama’
fiqh).Sila Rujuk Kitab-kitab yang muktabar yg berkaitan.
Solat atas kapalterbang menuntut
kita menghadap kiblat semampu yg mungkin sahaja kerana hukum solat dalam kenderaan
yang bergerak tidak mensyaratkan kita mempastikan arah kiblat dengan tepat
kerana kenderaan itu sentiasa bergerak dan kiblat boleh berubah dengan
serta-merta.
Kesimpulan: wudhu' anda sah dan
solat anda juga adalah sah.
Wa'ahua'lam. Sila layari lagi ibnubaijuri.blogsport.com
Rujukan
1.As-syikh sya’rawi, solat 'ala Madzhaahib Arba'ah (solat menurut empat madzhab),
1.As-syikh sya’rawi, solat 'ala Madzhaahib Arba'ah (solat menurut empat madzhab),
No comments:
Post a Comment