Sunday, 2 September 2012
Isu 25 : Hukum Meletakkan Al-Quran Di Atas Lantai
Soalan:
Apakah hukum meletakkan al-Quran di atas lantai? Adakah wajib meletakkannya tinggi dari lantai?
Jawab:
Bismillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan seterusnya..
Tidak ada masalah utk meletakkan mashaf di atas lantai utk satu keperluan dan tidak bermaksud utk memperlekehkan dan menghina tetapi adalah lebih baik jika dapat diletakkan di atas tempat yg lebih tinggi sebagai menghormati kitab Allah.
Berkata Syeikh bin Baz:-
Meletakkan al-Quran di tempat yg tinggi adalah lebih baik misalnya di atas kerusi atau di rak di dinding dsb supaya ia lebih tinggi dari lantai dan jika diletakkan al-Quran di atas lantai utk suatu keperluan dan tidak bermaksud utk memperlekeh dan menghina, diletakkan di atas lantai yg bersih dgn beberapa sebab misalnya sedang bersolat dan tiada tempat yg tinggi atau hendak bersujud tilawah, maka tidak ada salah utk itu insyaAllah. Tetapi jika meletakkan di atas kerusi atau bantal atau di atas rak dsb itu adalah lebih berhati-hati, telah thabit dari Nabi Muhammad , ketika Baginda meminta kitab Taurat utk merujuknya semula kerana ingkarnya kaum Yahudi terhadap hukuman had rejam yg dituntut dalam Taurat, Baginda telah meminta kerusi dan meletakkan Taurat di atasnya lalu merujuknya sehingga menjumpai ayat mengenai rejam dan pendustaan org2 Yahudi.
Jika disyariatkan Taurat diletakkan di atas kerusi kerana di dalamnya terdapat Kalamullah maka al-Quran adalah lebih utama utk diletakkan di atas kerusi kerana ia lebih afdhal dari Taurat.
Kesimpulan: Meletakkan al-Quran di atas tempat yg tinggi seperti kerusi atau rak adalah lebih utama dan itu yang sepatutnya kerana meninggikan al-Quran itu bermaksud mengagungkan dan menghormatinya, namun kita juga tidak mengetahui sebarang dalil larangan meletakkan al-Quran di atas lantai yg bersih jika terdapat keperluan utk itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment